A doctor in making


TIPS untuk tersenarai sebagai Top Referral

Fatini Irdina | 8:46 AM | 0Comments |
assalamualaikum
HAI dan SELAMAT MALAM.
Masuk hari ni, rasanya dah ramai orang yang tanya macamana nak jadi Top Referral lebih-lebih lagi kalau kita join sesuatu GiveAway or Contest right? Selalunya kalau bab hadiah yang tip-top ni, mereka akan pilih berdasarkan Top Referral kan, termasuklah GiveAway yang Fatini dan Fatin tengah anjurkan ni. Nak join tekan sini. Okaylah, Fatini nak share sedikit tips yang boleh digunakan kalau nak menang top refferal ni. aku pun tak pernah menang as top referral lagi ada hati nak share tips laa pulak.  ABAIKAN.

PROMOTE LINK ENTRY ANDA DI GROUP-GROUP FB
Kebanyakannya ramai blogger yang promote link entry mereka di group-group FB. Tapi korang mesti pastikan yang entry yang korang buat tu menarik, tertarik lagi the boomm. Make sure letakkan banner dalam entry tu then jangan lupa linkkan ke blog penganjur tu. Korang buat lah ayat yang mencairkan hati orang yang baca tu. Contohnya : Siapa yang tekan banner kat atas tu, dapat blackberry percuma!!

LETAK BANNER GIVEAWAY DI SIDEBAR
Yang ni, memang dah ramai yang buat kan sebab kadang-kadang  dalam syarat giveaway tu ade tulis "letak banner ni di sidebar anda dan peluang untuk menjadi top referral sangat cerah." Actually, Fatini dulu pun pelik jugak when penganjur GA tu tulis macam tu. Ye lah, dalam kepala tengah berfikir, 'dia ni mesti nak promote kan GA dia je sebab tu suruh letak banner dekat sidebar bagaii.' Sekarang, barulah Fatini faham kenapa dia boleh tulis macam tu, ye lah when kita letak banner dekat sidebar(lebih-lebih lagi yang besar), mesti orang tertarik nak tengok kan, lepas tu automatik diorang akan klik pada banner tu. Tapi pastikan yang banner tu di linkkan ke link entry pada blog anda dulu. 

PROMOTE DI SETIAP BLOG
Ini yang paling kita malas nak buat kan, lainlah kalau kita ni kaki blogwalking. HEHEE:) Tapi make sure korang letak link entry blog korang bukannya link GA blog tu terus dekat shoutbox tu. Kalau korang letak link blog penganjur GA tu terus, memang sampai bila-bila lah korang tak dapat nak merasa jadi top referral.

Rasanya, tu je yang dapat Fatini sharekan setakat ni. Kalau malas baca, tekan exit je terus. HAHAA. Penat wehh tulis panjang-panjang camginih. Semoga berjaya. OK BYEE!!

0 flying letters:

 
ALL RIGHT RESERVED SINCE AUGUST 2010. FULL DESIGNED BY FATINI IRDINA