A doctor in making


Sambutan Hari Raya di Sekolah

Fatini Irdina | 3:01 AM | 5Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Pagi tadi ada pelancaran Peer Tutoring. Aku satu group dengan Hanim dengan Pikah. okaylah tu sebab rumah kami boleh dikira dekat and aku rasa aku boleh bekerjasama dengan baik dengan mereka untuk menyiapkan sebanyak 18 modul dalam masa 3 minggu. *bayangkan*. Maybe ni last aku update entry untuk bulan ni sebab aku tahu masa aku sekarang terhad. 41 hari lagi nak PMR (faint). Result TRIAL semua dah tahu. Alhamdulillah. Aku percaya dengan rezeki yang Allah bagi. Walaupun banyak yang turun, tapi ada lagi yang maintain dan yang naik. Terima kasih Allah. Syukur, alhamdulillah :)

Hari ni aku nak update tentang raya di sekolah. Aku rasa aku dah lewat 3 hari untuk update pasal benda ni, but who cares? Aku nak update jugakkkkk~~~ Aku tak tahu perasaan aku masa sambutan hari raya kat sekolah hari tu. Excited, overjoyed, sedih pun ada sebab tudung yang aku plan nak pakai masa hari tu, kena kebas oleh adik aku bawak ke asrama. Lol. Lupakan.

Aku tengok hari tu semuanya pakai cantik-cantik, some of them are jangok (we call it in kelantanase). Ada jugak yang sesetengah tu yang pakai bedak plus make up 5 inchi tebalnya. Lipstik tak payah nak cakaplah. Part ni memang aku nak gelak. Aku terikir jugak berapa ratus yang diorang habis dalam masa sebulan nak beli semua tu kalau satu hari sama dengan 5 inchi. Tapi kalau difikir sehari dalam setahun je dibenarkan pakai macam tu kat sekolah, up to them. Selagi mereka rasa penampilan mereka ok, lansung tak ada kena mengena dengan aku pun sebenarnya. Aku cuma nak tolong gelak je (kejam aku ni)

Pagi tu ada perasmian bulan kibarkan jalur gemilag. Lepas tu, baru start majlis sebenar. Macam biasa, ada persembahan nasyid lepas tu, setiap form pergi sediakan tempat masing-masing untuk hidang makanan. Maybe part makan ni kot yang paling best sekali. Form 3 sambut dekat Dewan Bestari. Tempat yang sangat strategik aku kira sebab ada kipas. Hahaha memang kipas faktor utama aku sukakan sesuatu tempat tu.

Then, setiap kelas ada makanan masing-masing. Kelas aku hidangkan nasi minyak, ops silap, nasi kerabu maksud aku. Then, ada jugak laksa penang. Macam-macam makanan lagi yang ada yang seriously tak kenyang mata memandang, tapi tak mampu dihuni oleh perut. (ayat sastera tahap 23416467) Lepas kenyang makan, confirm mesti ada part snap-snap gambar ni kan.

And the last and worst part is bila kena kemas semua tu. Hahahaha tapi punyalah nasib baik sebab kelas aku terselamat dari semua tu sebab ada extra class bahasa arab. Bila difikirkan, terima kasih ustazah kerana telah menyelamatkan kami daripada mencuci longkang :)

Photo
Double F. Brown for Farhana and Blue for Farain.

Photo
Hanim dengan Alya. Hanim comel sangat masa hari tu, kalah diva. Hahahaha.

Photo
Zaty dengan aku. Cute sangat Zaty ni :)
Photo
Antara 2 orang artis yang tak sempat aku nak ambik autograf mereka;
Photo
Ira, Alya dengan Hanim. Dekat anjung yang selalu kami lepak-queen.
Photo
Aku dengan Fizah-pengerusi GGSM. Fizah nampak ayu hari tu, hahahaha :D
Photo
Lina dengan Alya. Forever sweet 15 :)
Photo
Hanim dengan cikgu kesayangannya, Cikgu NikRa a.k.a PokNik
Photo
Ira jadi duta laksa penang Lina.
Photo
Nazrul, Nuar, Miro, Rohme. Aku tahu Nuar terlalu patriotik pada hari tu.
Photo
Lina-Hanim-Ira. *peace*
Photo
Tadi promote laksa penang, ni kek pulak. Pikah, aku, Lina.
Photo
Pikah dengan teacher Nor Azizan, cikgu sains.
Photo
Aku suka tengok gambar ni. Nampak cute je Hanim dengan Adwa.
Photo
Bergambar dengan teacher Zai, teacher kesayangan 3IS. Urghh aku photographer tak ada dalam gambar. Ruginya :((((

Photo
Nabila dengan teacher Zai. Nampak macam adik-beradik pun ada. Hahahaha.




Ask me anything on:
Mention or follow me on:


Nota kaki: Puasa enam loading...........

Raya Story!

Fatini Irdina | 12:31 AM | 2Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Alhamdulillah, hari ini 10 Syawal and aku rasa tak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Aku rasa raya tahun ni ok-ok je sebab aku stuck dengan modul cuti sekolah yang berlambak-lambak ni. Dan bangga untuk aku cakap kat sini, aku finally dapat menyiapkan semua modul tersebut sehari sebelum buka sekolah (ayat bunyi macam riak sikit, bawak mengucap Tini). Okay, stop membebel. Let me start my raya story!

First Syawal
Raya pertama tahun ni aku rasa paling touching sekali. Kami tiga beradik beraya tanpa umi abah. Masa 27 Ramadhan haritu, abah ada appointment dengan doktor dekat HRPZII. Aku, angah dengan acik, imi hantar balik rumah mek sebab utama nak suruh kami bertiga tolong kemas rumah mek (kononnya). Then, petang tu, aku punyalah shocked sebab umi call cakap abah kena admitted dekat ward. Raya pertama baru boleh balik. So, masa pagi satu syawal tu, memang sedih sebab umi dengan abah tak ada sekali. Tapi malam raya tu, kami bertiga sempat jugak melawat abah dengan che sue dan ayah long. macam biasa, lepas solat hari raya, aku sebagai leader (sebab aku cucu sulong) dengan penuh rasa tanggungjawabnya mengajak sepupu-sepupu aku yang sebahagian besarnya masih di bawah umur (U12) pergi kutip duit raya. Tapi tahun ni tak se-excited tahun-tahun lepas. Tak semua rumah yang aku jajah. Ops silap, jelajah! Aku pergi half way je lepas tu aku serahkan tugas aku kepada asistant aku iaitu angah untuk meneruskan tugas control budak budak yang bawah umur tu. Sebab tu aku rasa semakin besar, semakin sikit duit raya. Sebab utamanya, aku malas. HAHAHAHA. Sampai rumah mek, then mek pun suruh aku hantar lemang dekat rumah jiran. Dengan malasnya aku pergi (dalam hati berharap agar tuan rumah tu nak bagi duit raya) Then, bila aku balik, sungguh aku excited tengok kereta Perodua Alza DBP **** ada depan rumah. Aku dengan adik adik aku dengan excited naik ke rumah nak jumpa umi abah. then, kami lunch sama-sama. Lepas lunch, tak ada aktiviti menarik kecuali melekat depan tv lepas tu tertidur. Hahaha penat sangat agaknya masa tu! Malam tu, barulah kami bertolak ke rumah di Pasir Puteh.

Malam raya, sebelum melawat abah sempat lagi budak ni main bunga api! Dah Form 1 oi!

Abah beraya dekat hospital tahun ni.

Photo
Masa breakfast, lepas solat raya. Pose dengan Nurin :)

Photo
Angah yang sangat kebudak-budakan. Achik tak bersiap lagi masa ni.

Second Syawal
Masa raya kedua, barulah kami sekeluarga dapat pakai baju raya warna yang sama (plan benda ni untuk raya pertama sebenarnya). Pagi tu, boleh dikatakan hampir setiap orang sakit perut. Maybe sebab makan tak terkawal agaknya. Entah. Lepas tu, dengan rajinnya aku kemas rumah dulu (ayat riak lagi ni) Then, sangat penat layan tetamu yang datang. Tugas utama macam biasa, buat air, gilir-gilir dengan angah. Hahahaha aku selalu compare dengan angah, mana air yang lagi sedap. Lepas semua tetamu balik, barulah kami sempat pose gambar.

Photo: #Aidilfitri13
Tema tahun ni- So pinkish maaaaaaaaaa~~

Third Syawal
Raya ketiga macam biasa-biasa je. Cuma dari pagi ke petang ada open house. Aku tak boleh bayangkan berapa kilogram berat aku naik masa raya ni. Oh nooooooooooo. Aku dah lah yang sedia ada gemuk, ditambah pulak makan makanan yang yummmyyy masa bulan Syawal ni. Berapa tongkol lemak agaknya bertambah. Seriously, I can't stand to face that! Sebelum pergi open house tu, aku sempat pose gambar dengan abah sementara nak tunggu mak-mak datin ni bersiap. Hahahaha aku kalau bab bersiap memang tak suka lama-lama sebab aku bukannya suka pakai make-up semua bagai tu. Just simplely me :) Yang paling best ialah pada waktu malam, sebab masa tu ada  match Malaysia vs FC Barcelona. Team favourite aku. Walaupun Malaysia kena bantai 3-1 tapi tak apalah, lagi okay dari team yang kena lagi teruk dengan Barca ni. Legend Amri Yahya score malam tu. Paling mengecewakan bila Messi dengan Pedro tak main malam tu. Mereka injured masa last training. Frustrated woo :(

Photo
Pose gambar dengan my dad! get well soon abah XD

Safiq Rahim okay jugak main malam tu :)

Messi tak main :(

Forth Syawal 
Raya ke-empat adalah yang paling happening sebab dapat raya dengan kawan-kawan. Kalau tahun lepas Alya dengan Hanim je yang join, tahun ni, Lina pun turut serta sekali! Happening gila. Pagi tu, Hanim dengan Lina datang beraya dulu rumah aku. Then, pergi beraya rumah Faiz sebab rumah dia dekat dengan rumah aku. Lama jugak kami attend rumah faiz sebab mak dia friendly gila oh. Hahaha. Pukul 11, baru pergi rumah Alya. Macam biasa, sesi pertama kalau jumpa dengan Alya mesti sesi meluahkan perasaaan. Hahahaha. Lepas tu, mulakan perjalanan dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Jalan kaki je wei! Alangkah indahnya kalau pandai naik motor. serious aku jeles tengok orang yang lalu lalang naik motor nak pergi beraya ni. Kami jalan kaki je wei. Memilukan sungguh. Sobs sobs :( lepas lepaking rumah Alya, dekat dengan nak Asar baru sampai rumah. Aku rushing nak balik sebab masa tua ada game Chong Wei dengan Lindan. tapi dekat maghrib baru start. Even DLCW kalah lagi dengan Lin Dan, tapi aku respect sebab  even dia injured dia teruskan juga game. Congratulates Dato' Lee Chong Wei!

Background rumah Mc Nab- masa tuan rumah tengah buat air.



Fifth and Sixth Syawal
Nothing great. Aku meneruskan kehidupan seperti biasa dengan menyiapkan modul-modul yang cikgu beri. Great student with great homework kononnya. Nak muntah aku baca ayat tu. hahaha tapi aku struggle buat semua tu dan aku bangga (ayat riak kuasa 10)

Photo
Modul Hanim actually.

Photo
  Zoom tulisan kasi nampak jawapan!

Seventh Syawal
Macam biasa. raya ketujuh pun ada lagi tetamu datang dan kebanyakannya budak-budak under age. Hahaha sampai ada sesetengah tu yang tak sempat nak bagi lagi duit raya, terus mintak. Advance gila budak ni. Malam tu, ada friendly game Kelantan vs ATM di SSMIV. Aku dengan abah je yang pergi memandangkan umi penat dan angah and achik malas. Sebelum pergi ke stadium. kami singgah rumah mama tok dulu sebab abah nak tempah popia untuk raya kat sekolah dia. Rumah mama tok dekat je dengan stadium, so pukul 8 baru kami masuk. ramai gila orang, pintu pulak buka satu je. Memang hampir satu jam jugak aku beratur. game start 15 minit baru boleh masuk. Huh --'

Try better in Malaysia Cup yaw!

Eight Syawal
Malam tu, aku dapat text from Alya, ajak pergi beraya rumah Hanim. Masa tu, aku tengah makan dengan abah dekat Hayaki depan Billion lepas bola. Aku tanya abah then abah terus bagi green light. Hahahaha. Alya ambik aku dari rumah, then kami lepaking rumah Hanim hampir 3 jam. Pukul 2.30 baru balik. Then aku struggle sebagai pelajar rajin, buat homework (ayat riak kali ke berapa entah) Lepas asar, abah ajak pergi open house rumah kawan dia. hari hari wajib ada open house. Mana tak naik berat badan, kan? Lepas ni diet oh. Puasa 6!!!

Photo
Alya, aku

Photo
Alya, Hanim, aku

Photo
Alya-Hanim lagi

Photo
Alya-Hanim bergabung meletup!

Photo
Alya-aku lagi lagi lagi.

Ninth Syawal
Hari raya ke-sembilan. Aku bangun awal pagi buat first time dalam dua minggu cuti ni sebab:
a) aku silap jam 
b) aku mengigau
c) aku nak siapkan homework
d) aku tidur awal
choose the best anwer yaw! Pukul 11, attend extra class bahasa arab. Sangat best dengar ceramah ustazah pasal result kami. HAHAHAHAHA. Redha dan tawakkal jelah hari Ahad ni(esok).

Tenth Syawal
Hari ni. Hari last cuti. Hari yang paling sedih sedunia. Kelmarin bangun awal sekali dalam cuti and hari ini vice versa. Hahahahahah. Semalam aku stay up siapkan kerja tu yang bangun lewat. Kejap lagi nak hantar angah balik asrama. Bye bye my bully-mate! Result TRIAL banyak dah yang tahui and semuanya down. Huhuhuhuhuhuh :(  di sini ingin aku selitkan satu mutiara kata daripada kawan aku yang aku dapat tadi;

"Jangan menunjuk-nunjuk sesebuah kejayaan jika ianya bukan hasil kerja keras anda, dan jangan leka dengan kejayaan sementara ini, seperti kata ahli falsafah, rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan, dan tinggikan cita-cita setinggi bintang di langit"- Pakar sejarah 3IS




Ask me anything on:
Mention or follow me on:


Nota kaki: Jom share link entry raya anda di bawah! InsyaAllah, kalau sempat, Fatini baca satu persatu.

Missing the old you.

Fatini Irdina | 11:03 AM | 3Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

It's almost 2 already and I can't sleep. Wondering about my future.....my dream.....my illustration....hahaa so ridiculous at this time. Take a few minutes to express this.. I notice that there could be fellow people may not satisfied with me or every single steps that I do. Hmm typical person. Lol. I feel so bad towards my friend.

Dear you,
I don't know what happens between us but you was totally change. You turn such a heartless person, sorry because I have to state this. I hate you now seriously. Your sarcasm is too much. You lost my respect. Hoping for your apologize. This is absolutely not the real you. You are missing the old you. Staying away from you is a good way I think.Your harsh words sometime could make me to eat you, you know~~~~~ Maybe this is the parcel of friendship. I'm always pray for your success. May Allah always bless you always.
Sincerely me, Tini.



Ask me anything on:
Mention or follow me on:


Nota kaki: Hoping for staraight As in this TRIAL. Amin.

TRIAL PMR

Fatini Irdina | 12:23 AM | 5Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Hi, hi and hi. Today is 2nd August 2013 and this is the last Jumaat in this Ramadhan. Wondering is it we still breathe in the next Ramadhan? 6 days left Aidilfitri and I'm talkless. How fast time passes. Alhamdulillah I just done or my PMR TRIAL yesterday. Semuanya berjalan lancar except penantianku terhadap result yang maybe keluar lepas raya nanti. Awwwwwww. Hope everything fine.

Huhh sungguh aku benci apabila terpaksa menaip entri dalam keadaan yang sungguh terdesak macam ni. 3 bulan aku abaikan laptop so sekarang terimalah akibatnya bila dia buat-buat merajuk kononnya dengan aku. Oh please lah! Word by work aku taip sampai nak patah jari aku tekan keyboard. Maybe I should ask my father to send this or service. Sorry for the typo. Tersangat mengacau mood --'

Talk about TRIAL, it's not even funny. It's cruel. Yes really. Sungguh aku tak sangka yang tempat duduk aku dalam dewan exam tu depan sekali even opposite dengan meja pengawas sebab ikut angka giliran. Aku really tak expect benda ni. Tapi time UPSR haritu pun aku rasa aku duduk di meja yang kedua dari depan. But satu perkara yang melegakan is when Teacher Zai cakap yang nanti real exam, I mean PMR, kedudukan akan sedikit berubah. And aku harap tempat itu agak strategik dari segi suhunya. Everyone know what I mean. Hahaa.

Ater this, got to fetch Angah at KB. Entah pukul berapa trip dia sampai. She's not even inform me or umi at all. Sungguh aku mengharapkan ada buah tangan dari dia. Hahahahahahaha. Seriously aku tak sabar nak jumpa angah sebab dah dekat sebulan tak jumpa. Last jumpa masa kat SNBJ hari tu. Hihii. Yeaaaaa seriously aku tak sabar nak itar sama-sama then aku tak sabar nak buli dia makan buah kurma, sebab daripada sejarah dia sejak kecik, memang dia tak suka makan buah kurma and dah jadi tugas aku nak sumbat makanan yang dia tak suka dalam mulut dia like durian. Wowwwwww craving or durian crepe.

Pejam celik-pejam celik lagi 2 bulan nak PMR. Whatever asalkan baju raya tahun ni siap. Oh satu lagi, to all PMR candidates yang mungkin terbaca entry ini, may we exchange our TRIAL paper? I really hope so. Inform me if you want.

Countdown PMR: 2 months
Status: Critical
Mood: Selamat hari raya.

Ask me anything on:
Mention or follow me on:


Nota kaki: Jangan main mercun.
 
ALL RIGHT RESERVED SINCE AUGUST 2010. FULL DESIGNED BY FATINI IRDINA