A doctor in making


PUISI UNTUK SAHABAT :)

Fatini Irdina | 5:33 AM | 0Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Didedikasi untuk insan-insan yang bergelar sahabat.


Aku ingin kita menjadi seperti Abu Bakar As Siddiq,
Persahabatan yang dijalin kerana Al Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Padang Mashyar nanti.

(Ustazah Fatimah Syarha; novel islamik Tautan Hati)

Ask me anything on:
Mention or follow me on:


Nota kaki: May Allah bless us always.

UKKM :)

Fatini Irdina | 9:14 PM | 0Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Kelmarin (28 November 2013), I was sitting for Ujian Kecenderungan Kemasukan Mara bagi pelajar tingatan 4/2014 di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa. Gulp! Aku tak ready apa-apa pun pasal tu. Blank gila sebab 2 bulan tinggal subjek math, sampaikan soalan-soalan senang pun, still kena rujuk balik jalan kira dia macam mana. Just 2-3 hari sebelum kejadian, sempat jugak aku buat 'penyelidikan' dengan kawan-kawan aku yang dah ambik ujian tu sebelum turn aku. Alhamdulillah, ditempatkan ujian sekali dengan Afifah dan Nazrul (my classmates).

Pagi tu, aku bangun awal gila (rekod paling awal dalam cuti sekolah) dalam pukul 4.45 pagi. Sebab malam sebelum tu, aku otp dengan pipah, katanya pukul 8.30 start ujian and kita kena ada dekat situ 15 minit sebelum. So, that's mean pukul 6.30 pagi dah kena bertolak dari rumah sebab dari Pasir Puteh ke Pengkalan Chepa, it takes about 1 hours 30 minutes kalau takde kesesakan lalu lintas dan sebarang kesulitan yang sewaktu dengannya. Lepas mandi, solat hajat, sambil tunggu subuh tu, sempat jugak aku belek-belek formula math sebab formula tidak disediakan, harap maklum. Siap-siap dengan pakaian lengkap sekolah, lebih kurang 6.45 aku rasa, bertolak ke sana. Sepanjang perjalanan tu, memang dengan kalutnya aku try buat latihan-latihan math (sebab dikhabarkan soalan math susah) sampailah aku rasa pening dan lapar. Sampai dekat sana, memang terasa jantung aku dup-dap dup-dap. Abah tinggalkan aku depan pintu pagar sebab nak cari parking. Then, pak guard tu suruh aku check nama dekat papan kenyataan. Mula-mula rasa berdebar jugak sebab tak jumpa cari nama. Then, tengok baik-baik. Cari sesi pagi punya, alhamdulillah jumpa, Mula-mula nampak nama pipah dulu, lepas tu tengok senarai nama 3 dari bawah, alhamdulillah jumpa nama aku. Dalam hatiku ku berkata, "Yes!! Satu lab dengan Pipah." Lepas tu, 4 dari atas nama aku, finally jumpa nama Nazrul. So alhamdulillah. Tiga-tiga duduk dalam lab sekali. Kalau tak silap aku, dia ada Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 2.



Tengok jam dah nak dekat pukul 8.30, and abah still tak datang lagi lepas pergi parking kereta tadi, so aku follow lah seorang makcik dan anaknya ni. Sebab it was my first time being there and I don't even know where is the lab placed. Lepas dah jumpa lab, baca bismillah, buka kasut and ada sorang pengawas bertugas yang suruh masuk. And yes, aku lewat! Tapi ada hikmahnya sebab dapat tempat duduk yang sangat strategik. Hahaha. Nazrul was in front of me and Pipah was next to him. Biasalah kalau datang lewat, mesti semua orang akan hadiahkan pandangan yang pelik gitu kepada kita (hewwheww). Ingatkan aku yang paling lewat, tapi still ada 3 orang yang lagi lewat dari aku. Ada 20 orang semuanya kalau aku tak silap. Mula-mula, diberi ucapan selamat datang blablabla, letak ic dengan angka giliran kat tepi, sedikit penerangan tentang UKKM, isi maklumat diri, latihan menjawab dan kemudian barulah ujian bermula.

first test was math. Ada 40 soalan semuanya objektif dan diberi masa selama 1 jam 15 minit. Soalan dekat komputer kita dengan komputer lain memang sama, tapi nombor soalan lain  lain. Macam random gitu. So, peluang untuk meniru memang tersangatlah tipis. Klik soalan pertama, hmmmmmmm klik next untuk soalan kedua hmmm ambik pensel try kira-kira hmmmm again klik next soalan ketiga try kira, baru dapat jawapan, then klik pada pilihan jawapan. Next question dan seterusnya. Sukar nak diterangkan bentuk soalan tu macamana, tapi ada yang tahap susah tapi still ada yang boleh jawab. Tapi mungkin sebab terlalu lama tak buat latihan math, tu yang banyak erkk erkk. Tambahan pula, formula memang tak disediakan. Tapi nasib baik kalkulator boleh dibawa masuk. Lepas siap semua, tengok kekawan aku kat depan tu, check balik, lepas puas hati, pengawas suruh tekan selesai then boleh keluar rehat selama 15 minit.

Lepas siap test math, turun bawah, cari tandas. macam biasa, sepanjang perjalanan tu mesti merungut pasal soalan math tadi. hahaa. then teman pipah breakast barulah jumpa dengan abah. got my mineral drink then naik atas balik sebab dah lewat nak ujian. tak sempat nak revise apa-apa pun. and sekali lagi lewat masuk tapi nasib baik kali ni lewat besama-sama pipah dengan nazrul. haha takdelah nak dupdap sangat.

Science was quite easier than math. Atokku telah berkata bahawa sains xperlu baca buku sebab soalan macam sivik. Ada 50 soalan semuanya dan mengambil masa selama 1 jam untuk jawab. tapi aku rasa 40 minit dah siap. Bukan semuanya senang, adalah dalam 2-3 soalan yang perlu berfikir dan ingat balik yang tcer azizan ajar dulu. tapi alhamdulillah, so far boleh jawab dengan baik. Pengawas kata, lepas siap sains, boleh teruskan kepada ujian keperibadian. dengan penuh semangatnya, aku klik selesai pad ujian sains sebab excited nak jawab ujian keperibadian ni. Ujian keperibadian ada 100 soalan dan diperuntukkan selama setengah jam untuk menjawab. This was the easiest one. sebab tentang diri kita. yang aku ingat, soalan no 1 tentang iron man, no 2 sumbangan pasal sekolah dan seterusnya. Yang paling best sebab ada tanya pasal the red warrriors ( my favourite team). Lepas siap 100 soalan, pandang kiri, pandang kanan, baru ada sorang yang dah siap dan boleh keluar. so aku pergi balik soalan no 1 sampai 100 sambil tunggu pipah dengan nazrul siap. agak mengantuk masa tu sebab semalam tidur hanya 3 jam. grrrr. lepas semua siap, tekan selesai then tunggu kat luar nak ambik slip kehadiran. sambil tunggu tu, sempat jugaklah kami berbual bual pasal sekolah tu. quite nice and beautiful! lepas dapat slip, boleh balik ke rumah.

Jadi itulah sedikit sebanyak pengalaman ambik UKKM yang boleh ku ceritakan. Di sini ingin ku selitkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada;

LINA, yang setiap malam bergayut bersama-sama semata-mata nak buat penyelidikan soalan tentang UKKM ni. Finally dapat jugak jawab dengan baik.

ANWAR, most thanked sebab bagi soalan pembetulan beserta topik-topik yang keluar tu. Really appriciated it.

BADRUL, yang bagi penerangan beserta topik-topik math yang keluar tu. you really helped me, friend.

NABILA, thanks sebab bagitahu sidikit sebanyak pasal ujian tu.


Alhamdulillah dengan bantuan kalian semua, aku dapat menghadapi ujian tersebut dengan baik. Thank you so much friends.


Ask me anything on:
Mention or follow me on:


Nota kaki: Going to pack for holiday.
 
ALL RIGHT RESERVED SINCE AUGUST 2010. FULL DESIGNED BY FATINI IRDINA