A doctor in making


Decay-ing

Fatini Irdina | 6:30 PM | 2Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD


Well I'm officially known as lepasan SPM fuhhhhhhhhhhh it's sad to leave your school life you know. Bye baju putih kain biru, bye baju biru kain hitam, bye baju putih kain pink, bye baju hijau kain hijau bye baju putih kain hijau, bye baju prep, bye baju sukan biru, bye baju sukan hijau dan bye baju yang lain-lain.

Lol. Aku rasa uniform sekolah aku tiap hari uniform lain-lain. Manfaatnya, weekend aku akan iron sekaligus terus dan takde dah nak pikir pasal iron baju ni lagi time hari lain-lain.

Dah tu baru cerita pasal baju. Tak masuk bab kasut lagi. Tahun ni budak dua orang tu jelah tahu berapa kasut yang aku dah pakai sebelum tamat SPM.

Ye. School life is something that you gonna remember forever in your life. Serious aku rasa tak boleh move on lagi. Serious aku tak nak jadi orang dewasa lagi. Serious aku tak tahu macamana nak hadapi perkara perkara macam tu. Serious aku tak boleh nak get rid ben10 lagi dalam hidup so macamanalah nak jadi matang.

Tapi aku pernah dengar sorang sis ni cakap. Dia kata matang ni bertempat. Tengok keadaan, tempat masa dengan siapa dan sebagainya. Dengan Falisha kau nak buat kau punya matang tu memang tak lah. Dengan cikgu kau nak buat perangai childish tu memang taklah. So, matang is about a wise desicion that you should make. Tapi tu falsafah aku sendiri la.

Macam kau nak adapt dengan orang jugak. Tulah jugak function kau tahu love language. Pernah dengar tak pasal five love language ni? Love language ni diperkenalkan oleh Gary Chapman. Kalau siapa yang nak tahu dia punya love language, boleh check kat sini;

http://www.5lovelanguages.com/profile/

Nanti takdelah orang tu tak suka words, tapi kau tiap-tiap hari bagi ayat jiwang kat dia. Memang taklah dia nak suka.

Sebenarnya aku tak bermotif apa apa pun nak tulis entry hari ni. Sekadar mengumumkan statusku sebagai LEPASAN SPM. Entahlah punyalah sebelum tamat SPM planning bagai nak rak nak buat tu nak buat ni last-last bila dah duk kat rumah, diri sendiri je yang tahu apa yang dia buat.

Tak sebenarnya, aku nak memohon doa doa sahabat yang terbaca entry ni, doakanlah aku serta sahabat-sahabat yang lain dipermudahkan urusan, mendapat kejayaan 11A+ yang baraqah di sisiNya dan semoga orang yang memeriksa kertas kami dilembutkan hati semasa memeriksanya, ameen:)

Doakan jugak sepanjang cuti ni agar aku dapat buat perkara perkara yang bermanfaat dan semoga aku tak terus mereput di rumah.

Tu je kot nak tulis. Nanti kalau ada program apa-apa yang bermanfaat yang sesuai dengan aku untuk join sekali, boleh emel: fatiniirdina@gmail.com


Nota kaki: Harini setahun dah cikgu pergi, Al-Fatihah.

MOHON DOA DARI SEMUA

Fatini Irdina | 7:13 AM | 3Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Subhanallah.. balik kali banyak benda yang unexpected dan tak dirancang berlaku. This would be my last balik bermalam sebagai pelajar. Lol ayat bajet sedih.

SPM less than 40 days.

Mohon ampun salah silap selama ni,

doakan  Nurfatini Irdina dan Miftahul Asywaq mendapat kejayaan yang baraqah disisiNya.

Ask me anything on:
Mention or follow me on:


Nota kaki:

trayal

Fatini Irdina | 8:38 AM | 1Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
 yasmin mogahed quote hardship

Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Hello gais im going to tell the world that tomorrow im going back to hostel huhuhu. Raya had been over. Yeah. So called try raya and im so teraniaya rasanya. Cannot describe perasaan lagi 2 minggu nak trial meanwhile you don't have enough preparation and still you can sit like a lady boss here.
Come on Fatini chaiyyokkkkkkkkkk girl.
Im quite disappointed today with those who cannot give full commitment with their words. Seriously, i kennod go with this :0
Whatever is it, today i meet my bestfriend Hanim Basirah, staying at her house for a few house and studying together kononnya. But still, thanks a lot Nim, love you more xoxo
 Struggling to finish sejarah, and i have to go.
Do pray for my TRIAL SPM and SPM.
Also pray for me to be strong.
May Allah bless.

Nota kaki: Tini can do it

you

Fatini Irdina | 11:25 AM | 0Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

 


Sementara aku masih ada mood nak update blog ni, haha izinkan patik berbicara.

Saya ada sorang kawan. Nama kawan saya anne (bukan nama sebenar). Anne sangat baik dengan saya ((dulu)), eh ye ke? :0 Tapi sekarang anne dah tak nak kawan dengan saya huhuhu saya tak tahu kenapa dan saya rasa sangat sedih. The end.
#typicalchildrendiary
#fatiniisbeingchildish
 
 
I don't know the motive of that muqaddimah. Yeah but i know you will understand that if you feel that you are that "Anne". You are the one who used to boost up spirit when I'm down. The one who used to cheer me up, sharing with me your story, being a lot of characters of us that only us know.

The one with high spirit, ambitious and being so determined in whatever you do. We do share the same interest ( i think until now kot). We live in the same world before, and now diff surrounding and im sure that is the thing that make us in diff person now.

It had been almost 2 years...... and still counting how many years to go huhuhuhu ( i wish that it wouldnt be that so long)) What should I do to make things back to normal? my fault actually. Ego and emo is two words that killing me slowly. 
 
You've changed a lot, same goes to me i think. The fact is maybe you think that I've gone so far but actually this is still the same fatini. I see that you are much stronger than me. But hello this fatini now has found her magical spell and she will back with her ben 10 power, lol.

I try not to care of what will be happened after this. Pretending to be strong, ehem i am a strong girl okay. #sissado haha. trying not to say that i miss you hikhok. 5 years of being great friends. ( i know you must miss me actually) hahaha emm even i know you don't miss me anymore, it's ok i will be fine.

The end of fatini's fairy tale.


P/s: Pls know that you are still the best.

her

Fatini Irdina | 10:36 AM | 0Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....



Assalamualaikum, hello and cheers everybody XD

Second post on 2015. Dah nak raya gamaknya. 7 bulan, full of jatuh bangun hitam putih merah kelabu red velvet of a fatini. Serious talk, 2015 mematangkan aku. Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang 7 bulan ni. Dah nak habis sekolah dah aku. 4 bulan lagi nak SPM. Berapa minggu lagi nak TRIAL. Bila nak ke darat aku ni huhuhuhu.

Aku tak tahu motif aku update blog malam ni. Mungkin sebab tadi aku ter-stalk blog sorang hamba Allah ni yang menginspirasikan aku untuk update something kat sini.

Memandangkan aku berjaya re-access aku punya fb lama tadi, so it's quite a great feeling to stalk gambar-gambar lama. Actually aku start deact acc tu time bulan 10 tahun lepas disebabkan faktor2 keserabutan. Al-maklumlah acc tersebut ditubuhkan masa aku darjah lima (zaman kegemilangan kanak2 yg xberapa nak matang), sampaikan pak cik jual air tepi sekolah rendah dulu pun aku add, ok aku tipu je sebenarnya.

Tapi serious acc tu serabut sangat dengan friends's update yang entah pape. Tak matangnya aku dulu ya Allah semua orang aku add, aku approve ish ish ishhh... Tapi memang pun sebenarnya bila kita makin dewasa and baca post post kita yang terdahulu, kita akan be like, " Ya ampun buk.,.. betul ke tu aku yang post?" hahaha situasi tu dah selalu sangat berlaku. Ini dinamakan lumrah kehidupan.

Tujuan aku re-active kan balik acc tu bukan ape, sebab aku nak cari satu gambar ni yang aku sangat sangat nak simpan huhuhu biar aku jelah tahu gambar ape. But seriously i miss that person so much..... but she's now had forever gone. Al-fatihah.

I did also stalk all the old photos of me, tak fatini lah kalau tak menangis baca komen-komen lama that she had wrote.......... serious rindu sangat. inspired me better. My inspiration forever. I will do my best, I promise!

Tapi i have found someone like her in KKJ. Not absolutely alike, but a bit similarities. That's why i close to that person here. I think maybe that is the reason why Allah pertemukan aku with that person. She is so nice. Nama pun nak dekat-dekat sama.

But life must go on dear. All things that had happened to me make me stronger than before. Idk what will happen to me if Im not going to KKJ. KKJ teach me a lot,  i will miss KKJ so much after this. The Ramadhan in KKJ..........Ramadhan terindah, kenangan terindah......Bangun sahur, tadarus sama2, iftar sama2, terawih sama2, makan bertalam, D Arab, iftar jamai'e, Qiam sama2, pukul 3 pagi kejut bangun qiam and so many memories to share. Great friends, great place, great memories, I will miss this :(


Nota kaki: #salamtrayal

2 0 1 5

Fatini Irdina | 5:09 AM | 1Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....




Alhamdulillah lama gila aku tak update kat sini. First update of 2015. Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ape. Aku pakai main tulis je ni ape yang aku rasa nak tulis. 

Mula-mula, syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan, atas kekuatan yang Allah berikan, aku masih dapat berdiri sebagai calon spm 2015. 8 bulan lagi dan aku tak tahu preparation aku setakat hari ni macamana. Mereput je keje kalau balik rumah hahaha masyaAllah Fatini laghanya hang........

Awal- awal tahun 2015 aku rasa down jugak sebenarnya, mixed feeling yang aku sorang je paham. Tak tahulah kalau orang lain pun rasa macam tu. Sibuknya kat KISAS ni tak payah nak cakap lah. Kau takkan paham selagi kau tak rasai sendiri. Kau boleh je nak judge ape yang orang cakap selagi kau tak alaminya sendiri. Aku ingat lagi sebelum masuk KISAS, ramai yg bagitahu macamana sibuknya life kat sana, tapi masa tu aku macam, "Alah, normal lah macam tu enn." Dan bila aku rasa sendiri, baru aku tahu ketidaknormalan itu. Tapi alhamdulillah, Allah takkan uji hambaNya lebih daripada apa yang dia mampu. Allah kurniakan kawan-kawan untuk support kau. Dan kawan-kawan kat KISAS ni takkan sama dengan kawan-kawan kat tempat lain. Seriously aku cakap. Mula-mula, memang kau takkan rasa sangat, Tapi makin lama, mahabbah tu makin dalam kau rasa. One of unique things in KISAS, friends.

Satu je yang aku harap sangat dalam diri aku ni. Berhenti merungut. Serious lah aku cakap, aku respect orang yang boleh terima semua ujian yang Allah bagi kat dia tanpa banyak songeh. Aku harap sangat aku boleh jadi macam tu. Aku harap sangat aku boleh jadi lebih tabah. Dan moga-moga Allah redha dengan apa yang aku buat :)

Benda yang kritikal sangat bagi aku pada saat ini ialah masa. Yes, masa, time, assa'ah. Contoh situasi aku bagi macam sekarang ni. Seminggu cuti tapi aku rasa nothing je. Sedangkan awal-awal sebelum cuti tu dah banyak benda yang aku list nak buat tapi still setiap kali balik rumah, mereput je keje. Astaghfirullah.................. mungkin aku kena improve banyak lagi. Aku ingat lagi satu kata-kata ni, 
"Orang yang berjaya ialah orang yang bijak mengurus masa."

Then, reflect balik kat diri kita. Dah cukup berjaya ke kita? Reflect balik masa kita dengan Allah? Berape lama?

 Angle of incidence = Angle of reflection

Jadi, pandai-pandai lah nak ubah diri tu. Kata nak jadi orang yang hebat.

Sebelum tu ada satu kata-kata dari kawan aku mengenai orang yang hebat ni.

"Orang yang hebat ialah dia diam apabila semua orang berkata-kata tetapi apabila dia berkata-kata, semua orang diam.

#reflectourselves


Abaikan entry- entry aku yang sebelum ni yang entah ape- ape tu. Aku faham sangat kalau orang tu nak nilai diri kita dari masa lalu asalkan aku sendiri tahu aku ni macamana. Kat sekolah, aku ni takdelah banyak cakap sangat sebab serious aku ni jenis ikut mood, masa, keadaan dan orang tu sendiri. Lagi-lagi bila rasa tertekan gila sampai rasa nak balik rumah huhuhuhu (( tak pernah lagi sebenarnya)) Memang aku nak adapt dengan orang perlukan masa lebih sikit. Mohon mengerti duhh.

Satu lagi yang aku belajar ialah jadi diri sendiri. Sebab kau akan rasa selesa dengan diri kau. Kau buat benda lain tanpa rasa terpaksa sampai lama-lama tu kau dapat istiqamah dalam melakukan sesuatu. Sebab aku tahu nak berubah tu tak senang. Sekali lagi aku ulang, nak berubah tu tak senang. Tapi harus ada keinginan dan keyakinan. Forget about the negative word people keep saying on you. Stay positive. Asal kau yakin Allah selalu ade dengan kau. Asal kau selalu mintak dengan Allah, tunjukkan jalan yang lurus. Asal kau selalu mintak dengan Allah, selalu dibukakan pintu hati untuk terima hidayah daripadaNya. Asal kau selalu letakkan Allah nombor satu. Everything gonna be alright.

 Lepas ni, mungkin 2 bulan atau 10 minggu tak balik rumah. Semoga kuat wahai hati wahai diri wahai fatini irdina. Ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Harus belajar menerima. Tanggungjawab kau sebagai pelajar, anak sulung, kakak. Jangan sesekali mengecewakan orang yang nak tengok kau pegang slip 11A+. Jangan.

Aku rasa aku dah tak tahu nak tulis ape. Homework berlambak lagi tak siap. Lusa dah nak balik Klang. Sabarlah wahai hati. Doakan aku kuat ye wahai saudaraku sekalian.


Stay strong,
Fatini.


Nota kaki: Mohon doa dari semua.
 
ALL RIGHT RESERVED SINCE AUGUST 2010. FULL DESIGNED BY FATINI IRDINA