A doctor in making


2 0 1 5

Fatini Irdina | 5:09 AM | 1Comments |

Bismillahirrahmanirrahim.....




Alhamdulillah lama gila aku tak update kat sini. First update of 2015. Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ape. Aku pakai main tulis je ni ape yang aku rasa nak tulis. 

Mula-mula, syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan, atas kekuatan yang Allah berikan, aku masih dapat berdiri sebagai calon spm 2015. 8 bulan lagi dan aku tak tahu preparation aku setakat hari ni macamana. Mereput je keje kalau balik rumah hahaha masyaAllah Fatini laghanya hang........

Awal- awal tahun 2015 aku rasa down jugak sebenarnya, mixed feeling yang aku sorang je paham. Tak tahulah kalau orang lain pun rasa macam tu. Sibuknya kat KISAS ni tak payah nak cakap lah. Kau takkan paham selagi kau tak rasai sendiri. Kau boleh je nak judge ape yang orang cakap selagi kau tak alaminya sendiri. Aku ingat lagi sebelum masuk KISAS, ramai yg bagitahu macamana sibuknya life kat sana, tapi masa tu aku macam, "Alah, normal lah macam tu enn." Dan bila aku rasa sendiri, baru aku tahu ketidaknormalan itu. Tapi alhamdulillah, Allah takkan uji hambaNya lebih daripada apa yang dia mampu. Allah kurniakan kawan-kawan untuk support kau. Dan kawan-kawan kat KISAS ni takkan sama dengan kawan-kawan kat tempat lain. Seriously aku cakap. Mula-mula, memang kau takkan rasa sangat, Tapi makin lama, mahabbah tu makin dalam kau rasa. One of unique things in KISAS, friends.

Satu je yang aku harap sangat dalam diri aku ni. Berhenti merungut. Serious lah aku cakap, aku respect orang yang boleh terima semua ujian yang Allah bagi kat dia tanpa banyak songeh. Aku harap sangat aku boleh jadi macam tu. Aku harap sangat aku boleh jadi lebih tabah. Dan moga-moga Allah redha dengan apa yang aku buat :)

Benda yang kritikal sangat bagi aku pada saat ini ialah masa. Yes, masa, time, assa'ah. Contoh situasi aku bagi macam sekarang ni. Seminggu cuti tapi aku rasa nothing je. Sedangkan awal-awal sebelum cuti tu dah banyak benda yang aku list nak buat tapi still setiap kali balik rumah, mereput je keje. Astaghfirullah.................. mungkin aku kena improve banyak lagi. Aku ingat lagi satu kata-kata ni, 
"Orang yang berjaya ialah orang yang bijak mengurus masa."

Then, reflect balik kat diri kita. Dah cukup berjaya ke kita? Reflect balik masa kita dengan Allah? Berape lama?

 Angle of incidence = Angle of reflection

Jadi, pandai-pandai lah nak ubah diri tu. Kata nak jadi orang yang hebat.

Sebelum tu ada satu kata-kata dari kawan aku mengenai orang yang hebat ni.

"Orang yang hebat ialah dia diam apabila semua orang berkata-kata tetapi apabila dia berkata-kata, semua orang diam.

#reflectourselves


Abaikan entry- entry aku yang sebelum ni yang entah ape- ape tu. Aku faham sangat kalau orang tu nak nilai diri kita dari masa lalu asalkan aku sendiri tahu aku ni macamana. Kat sekolah, aku ni takdelah banyak cakap sangat sebab serious aku ni jenis ikut mood, masa, keadaan dan orang tu sendiri. Lagi-lagi bila rasa tertekan gila sampai rasa nak balik rumah huhuhuhu (( tak pernah lagi sebenarnya)) Memang aku nak adapt dengan orang perlukan masa lebih sikit. Mohon mengerti duhh.

Satu lagi yang aku belajar ialah jadi diri sendiri. Sebab kau akan rasa selesa dengan diri kau. Kau buat benda lain tanpa rasa terpaksa sampai lama-lama tu kau dapat istiqamah dalam melakukan sesuatu. Sebab aku tahu nak berubah tu tak senang. Sekali lagi aku ulang, nak berubah tu tak senang. Tapi harus ada keinginan dan keyakinan. Forget about the negative word people keep saying on you. Stay positive. Asal kau yakin Allah selalu ade dengan kau. Asal kau selalu mintak dengan Allah, tunjukkan jalan yang lurus. Asal kau selalu mintak dengan Allah, selalu dibukakan pintu hati untuk terima hidayah daripadaNya. Asal kau selalu letakkan Allah nombor satu. Everything gonna be alright.

 Lepas ni, mungkin 2 bulan atau 10 minggu tak balik rumah. Semoga kuat wahai hati wahai diri wahai fatini irdina. Ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Harus belajar menerima. Tanggungjawab kau sebagai pelajar, anak sulung, kakak. Jangan sesekali mengecewakan orang yang nak tengok kau pegang slip 11A+. Jangan.

Aku rasa aku dah tak tahu nak tulis ape. Homework berlambak lagi tak siap. Lusa dah nak balik Klang. Sabarlah wahai hati. Doakan aku kuat ye wahai saudaraku sekalian.


Stay strong,
Fatini.


Nota kaki: Mohon doa dari semua.
 
ALL RIGHT RESERVED SINCE AUGUST 2010. FULL DESIGNED BY FATINI IRDINA