19, A doctor in making


PAUSE HERE

Aku.

Fatini Irdina | 7:45 AM | |



Mula menulis blog pada umur 12 tahun (2010), maka ketahuilah kalian bahawa penulisan saya pada waktu zaman dahulu kala adalah sangat kelakar, rempit, tidak matang dan tidak mampu diterima akal pada waktu ini. Namun saya tidak bercadang untuk menghapuskannya kerana ia merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup saya yang membentuk siapa saya pada hari ini dan akan saya baca suatu hari nanti.

Merupakan seorang hamba Allah yang sedang menuntut ilmu dalam bidang perubatan dan mohon didoakan agar cita cita saya ini untuk bergelar sebagai seorang doktor akan tercapai suatu hari nanti. 

Akhir sekali, dan jika ditakdirkan anda membaca blog ini ketika saya sudah tiada di dunia ini, mohon sedekahkan Al-Fatihah dan maafkan segala salah silap saya. Semoga apa yang baik dalam blog ini dapat diamalkan agar dapat dijadikan sedekah jariah kepada saya.


 
ALL RIGHT RESERVED SINCE AUGUST 2010. FULL DESIGNED BY FATINI IRDINA